Saturday 30 March 2013

Perbezaan ringkas antara Taekwon-Do ITF dan WTF


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi sesiapa yg bukan pengamal Taekwon-Do, kebanyakannya tidak maklum tentang adanya
ITF(International Taekwon-Do Federation) dan WTF(World Taekwon-Do Federation), yang mereka maklum hanyalah satu shj iaitu Taekwon-Do. Jadi dalam post kali ini kami akan menerangkan secara ringkas tentang perbezaan antara Taekwon-Do ITF dan WTF. 







Taekwon-Do ITF diasaskan pada 1955 oleh Gen. Choi Hong Hi.  ITF ditubuhkan pada 1966 dengan 9 negara ahli dan Gen. Choi menjadi presiden ITF yg pertama.

Gen. Choi mencipta 24 pattern (dikenali sebagai  'Tul') yang diterbitkan di dalam buku "Taekwon-Do The Art Of Self Defense" pada 1965.  Semua Tul dinamakan sempena pahlawan Korea silam dan berkonsepkan sejarah Korea.
Cara persembahan dan penjanaan teknik juga berbeza dengan WTF.  Pergerakan pattern ITF mempunyai asas gerakan gelombang atau sine-wave motion.


Dalam ITF, pelatih menggunakan sarung tangan (hand glove) dan sarung kaki (leg glove) khas untuk free-sparring bagi mengurangkan risiko kecederaan terhadap lawan dan kecederaan pada diri. Perlindungan lain untuk kepala (head gear), dan mulut(mouthguard) yang diperbuat daripada bahan lembut juga dibenarkan sekiranya perlu.  Tumbukan ke arah muka dan badan dibenarkan. Bahagian larangan ialah belakang kepala, belakang tubuh dan bawah paras tali pinggang. 
Jika konsep 'light-sparring' digunakan, pengamal tidak benarkan menjana teknik dengan daya yang melampau atau tinggi yang boleh mencederakan lawan.Acara dalam pertandingan tidak terhad kepada free sparring sahaja tetapi pattern, teknik khas, pecahan dan acara berkumpulan.


Credit to Nicola Konig, ZIMBIO
                                       
                                                                     


Uniform putih ITF menggunakan zip dari bawah hingga ke bahagian tengah baju.  Pemegang tali pinggang hitam menggunakan uniform berjalur hitam pada bahagian bawah baju.  Pemegang tali pinggang hitam 4th Dan dan ke atas mempunyai tambahan jalur pada lengan baju dan seluar.



Credit to ITF Brussels.skynetblogs
                                 

Credit to Fuji Mae New Zealand
                                                        

Sistem tahap dalam ITF mempunyai 10 gred tali pinggang warna dan 9 tahap tali pinggang hitam dikenali sebagai Dan.  Panggilan Master hanya untuk mereka yang memperolehi 7 Dan ke 8 Dan.  Panggilan Grandmaster pula hanya untuk  9 Dan.

ITF mematuhi rukun-rukun Taekwon-do dan falsafah yang diajar oleh Gen.Choi Hong Hi, pengasas Taekwon-do.  Penekanan diberi kepada pelatih dalam falsafah, nilai murni, teori pattern, kesempurnaan teknikal dan aspek-aspek kesukanan serta kesenian.








Berbeza dgn WTF, WTF telah ditubuhkan pada tahun 1973 di Korea Selatan hasil daripada konflik dalaman yg membawa kepada penubuhan WTF. 

WTF telah melalui beberapa perubahan dalam set pattern atau form yang dikenali sebagai 'Poom-Sae'.  Poom-Sae yang asal diamal oleh WTF ialah Ki-Cho 1 hingga 3 dan Pal-Gwe 1 hingga 8.  Kebanyakan pusat latihan WTF tidak lagi mengamalkan Ki-Cho dan Pal-Gwe tetapi lebih mengutamakan Tae-Geuk 1 hingga 8 bagi pelatih bukan bertalipinggang hitam.  Peringkat tali pinggang hitam mengamalkan set Poom-Sae yang berlainan.
WTF tidak menggunakan pergerakan berasaskan gelombang seperti ITF.






Pelatih WTF menggunakan perlindungan dada seperti jaket pelindung(chest guard) dan perlindungan kepala (head gear).  Sarung tangan dan kaki tidak digunakan dlm kebanyakkan masa.  Tumbukan ke arah muka dilarang sama sekali.  Konsep 'full-contact' digunakan, pelatih boleh menjana teknik dengan daya yang tinggi.



Credit to guneydeimece.com
                                                                            

WTF menggunakan uniform berbentuk V pada leher (V-Neck) dan mempunyai warna yang pelbagai.  Pemegang tali pinggang hitam junior mempunyai jalur hitam dan merah pada leher uniform.






WTF membenarkan panggilan Master kepada pemegang 5 Dan.  Tahap terakhir adalah 10 Dan.WTF amat menitik beratkan aspek kesukanan dan begitu menumpukan konsep pertandingan dan Olimpik. Justeru sistem latihan bertumpu pada latihan stamina, sparring dan tendangan pad.

Jadi itulah serba sedikit penerangan tentang Taekwon-Do ITF dan WTF, terdapat satu lagi cabang iaitu GTF(Global Tae Kwon Do Federation) tetapi akan diterangkan pada post yg lain.

Sekian shj drpd kami =)

Bagi pelajar UniSZA yang berminat untuk mempelajari Tae Kwon Do ITF, boleh la inbox NAMA, KURSUS PENGAJIAN dan NO TELEFON di alamat facebook: http://www.facebook.com/groups/212987642083651/?fref=ts

No comments:

Post a Comment